|
|
|
 |

Album "Aku Ori Bukan Fotokopi" adalah sebuah album mini yang memuatkan 6 trek lagu hadis dan 4 trek nasihat atau tips khusus untuk remaja.
Bertujuan untuk mengumpul dana bagi penerusan Pusat Perlindungan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah, album ini dijual semurah RM20.00 dan boleh didapati di JIMedia Center dengan menghubungi En Wan Muhammad Wan Ibrahim. Album ini juga boleh didapati di gerai nombor 40 (ReadNetwork) sepanjang Pesta Buku Antarabangsa yang berlangsung di PWTC dari 27 April 2007 hingga 6 Mei 2007. Majlis Pelancarannya juga bakal dilaksanakan di dalam Pesta Buku tersebut pada 2 Mei 2007 (Rabu) bermula jam 1.45 pm sehingga 2.45 pm bertempat di Pelantaran Putra, PWTC.
Album ini menampilkan Devotees dengan lagu tema album Aku Ori Bukan Fotokopi, Demascus dengan lagu Tidur Bangun Dengan Nama-Mu, Raz dengan lagu The Power of Tawbah, The Wayfarers dengan lagu Oh Umayrah dan Cry No More, dan akhir sekali Crescendo dengan Innovation. Album ini juga menampilkan beberapa tokoh yang prominen yang terlibat secara langsung di dalam aktiviti keremajaan iaitu Dr. Danial (Pakar Motivasi), Ummi Roses (Pengarah Pusat Perlindungan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah) dan Bro Hasni (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Remaja, JIM).
Album ini adalah album pertama JIM, dan adalah album kedua Xifu & Algebra dan diterbitkan bersama oleh JIMedia (Jawatankuasa Media, JIM), Wanita JIM, JKPR (Jawatankuasa Pembangunan Remaja, JIM) dan Raudhatus Sakinah. Edaran oleh JIMedia.
Klip Promosi Di Sini |
| |
|
|