Laman Utama   Laman Web JIM

Laman Utama AOBF
Buku
Sinopsis Buku
Penyusun Buku
Kandungan Buku
Kredit
Album
Pengenalan Album
Senarai Trek
Penghargaan
Sinopsis Lagu
Kredit
Lirik
Aktiviti
Hubungi Kami
 

Free shoutbox @ ShoutMix

Expanded Width

 
Album "Aku Ori Bukan Fotokopi" adalah sebuah album mini yang memuatkan 6 trek lagu hadis dan 4 trek nasihat atau tips khusus untuk remaja.

Bertujuan untuk mengumpul dana bagi penerusan Pusat Perlindungan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah, album ini dijual semurah RM20.00 dan boleh didapati di JIMedia Center dengan menghubungi En Wan Muhammad Wan Ibrahim. Album ini juga boleh didapati di gerai nombor 40 (ReadNetwork) sepanjang Pesta Buku Antarabangsa yang berlangsung di PWTC dari 27 April 2007 hingga 6 Mei 2007. Majlis Pelancarannya juga bakal dilaksanakan di dalam Pesta Buku tersebut pada 2 Mei 2007 (Rabu) bermula jam 1.45 pm sehingga 2.45 pm bertempat di Pelantaran Putra, PWTC.

Album ini menampilkan Devotees dengan lagu tema album Aku Ori Bukan Fotokopi, Demascus dengan lagu Tidur Bangun Dengan Nama-Mu, Raz dengan lagu The Power of Tawbah, The Wayfarers dengan lagu Oh Umayrah dan Cry No More, dan akhir sekali Crescendo dengan Innovation. Album ini juga menampilkan beberapa tokoh yang prominen yang terlibat secara langsung di dalam aktiviti keremajaan iaitu Dr. Danial (Pakar Motivasi), Ummi Roses (Pengarah Pusat Perlindungan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah) dan Bro Hasni (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Remaja, JIM).

Album ini adalah album pertama JIM, dan adalah album kedua Xifu & Algebra dan diterbitkan bersama oleh JIMedia (Jawatankuasa Media, JIM), Wanita JIM, JKPR (Jawatankuasa Pembangunan Remaja, JIM) dan Raudhatus Sakinah. Edaran oleh JIMedia.

Aku Ori Bukan Fotokopi


Ia bukan sekadar sebuah hiburan, tetapi album ini dihasilkan dengan misi berikut :
  1. ”Fundraising” untuk Rumah Perlindungan dan Bimbingan Remaja Puteri, Raudhatus Sakinah (RS).
  2. Dedikasi buat anak-anak, remaja, ibubapa, keluarga, guru-guru, penggerak@aktvis remaja, ahli masyarakat yang prihatin untuk melahirkan remaja yang original aqidah dan pegangan hidupnya.
  3. Mengukuhkan kecintaan anak-anak dan remaja terhadap Nabi Muhammad saw dan menjadikan sunnah RasululLah saw sebagai ikutan
  4. Mendidik anak-anak dan remaja mengamalkan doa-doa yang menjadi amalan Rasulullah saw.

Klip Promosi


Promo Clip of Track 02 - Aku Ori Bukan Fotokopi  baru!! 

Promo Clip of Track 03 - Tidur Bangun Dengan Nama-Mu  baru!! 

Promo Clip of Track 05 - The Power of Tawbah  baru!! 

Promo Clip of Track 07 - Oh Umayrah  baru!! 

Promo Clip of Track 09 - Cry No More  baru!! 

Promo Clip of Track 10 - Innovation  baru!! 

 
 

Menu Utama: » Laman Utama » Buku » Mini Album » Aktiviti » Hubungi Kami
Buku: » Sinopsis » Penyusun » Kandungan » Kredit
Album Mini: » Introduksi » Senarai Trek » Penghargaan » Sinopsis » Kredit » Lirik

 

Developed by JIMedia. Best Experience: Mozilla Firefox 1024 x 768.
Please do not use Internet Explorer (any version) because it does not render images & style sheets properly.