Laman Utama   Laman Web JIM

Laman Utama AOBF
Buku
Sinopsis Buku
Penyusun Buku
Kandungan Buku
Kredit
Album
Pengenalan Album
Senarai Trek
Penghargaan
Sinopsis Lagu
Kredit
Lirik
Aktiviti
Hubungi Kami
 

Free shoutbox @ ShoutMix

Expanded Width

 

Trek: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Trek 01
Remaja Tulen (Tips #1)
Dr. Danial


Remaja Tulen



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Trek 02
Aku Ori Bukan Fotokopi
Devotees


Insan ori bukanlah mereka yang bertaqlid buta kepada budaya ciptaan manusia. Insan bertaqlid buta adalah mereka yang relakan diri mereka menjadi sekadar fotokopi kepada peta hidup yang sudah dicartakan oleh mereka yang menjanjikan syurga tetapi hakikatnya neraka, keseronokan tetapi hakikatnya racun.

Menurut hadis Sahih al-Bukhari, setiap orang adalah seorang penjaga dan pemimpin. Maka setiap orang adalah bertanggungjawab. Tanggungjawab kita kepada yang Maha Berkuasa perlu diprioritaskan dulu sebelum tanggungjawab kita kepada yang kuasanya diberi dan hanya bersifat sementara.

Insan ori ialah mereka yang sedar tanggungjawab 'ori' atau 'asal' mereka menurut fitrah. Tanggungjawab kita yang PALING ori dan asal secara fitrah ialah Berkhidmat kepada yang paling berkuasa ke atas diri kita. Dia tidak memerlukan kita tetapi kita amat memerlukannya.



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Trek 03
Tidur Bangun Dengan Nama-Mu
Demascus


Menurut hadis Sahih al-Bukhari, apabila Nabi pergi ke katilnya baginda akan membaca doa tidur dan baginda membaca doa lagi apabila bangun dari tidur.

Tidur adalah kiasan kepada kematian, bangun adalah kiasan kepada kehidupan. Mulakanlah kehidupan setiap hari dan akhirkannya dengan namaNya! Esok mungkin tiada buat kita.



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Trek 04
Kisah Pemuda-pemuda Gua: Teladan Sepanjang Zaman (Tips #2)
Dr Danial


Kisah Pemuda-pemuda Gua: Teladan Sepanjang Zaman



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Trek 05
The Power Of Tawbah
Raz


Menurut hadis Sahih al-Bukhari, Nabi menamakan doa memohon keampunan yang paling sempurna sekali sebagai ‘Sayyid al-Istighfaar’ (Penghulu Istighfar). Juga diriwayatkan al-Bukhari bahawa Nabi memohon ampun dari Allah swt atau beristighfar lebih 70 kali sehari. Perkasakanlah diri kita dengan muhasabah diri setiap hari dan dengan istighfar.



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Trek 06
Remaja: Harapan Ayah Bonda (Tips #3)
Bro Hasni


Remaja: Harapan Ayah Bonda



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Trek 07
Oh Umayrah
The Wayfarers


Doa Pelindung Anak:
Menurut hadis Sahih al-Bukhari, Nabi saw melindungi kedua cucunya, Hassan dan Hussein, dengan doa pelindung anak seperti dalam lagu hadis ini. Nabi juga menambah bahawa Nabi Ismail dan Nabi Ishaq juga berbuat demikian. Tunjukkan sayang kita kepada anak-anak kecil dengan doa pelindung, bukan sekadar senyuman dan harta.

Dzikir Hasballah:
Menurut hadis riwayat Abu Daud, Nabi saw mengajar umatnya untuk membaca dzikir Hasballah ini apabila kita rasa kita dikalahkan atau dikecewakan oleh sesuatu keadaan selepas kita cuba mengatasinya sedaya upaya. Latihlah diri kita dan anak kita supaya berani hadapi kegagalan dan kekecewaan dengan dzikir hasballah.



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Trek 08
Masih Ada Yang Sayang (Tips #4)
Ummi Roses


Masih Ada Yang Sayang



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Trek 09
Cry No More
The Wayfarers


Menurut Hadis Sahih al-Bukhari, apabila Nabi saw ditimpa kesusahan hidup, baginda akan membaca dzikir seperti dalam lagu hadis ini. Sesungguhnya, Allah swt akan memberi jalan keluar dengan cara yang mungkin kita tak pernah sangka. Maka kita wajib bersangka baik dengan Allah swt dan berani hadapilah cabaran hidup dengan dzikir ini. Cry no more!

*Lagu ini didedikasikan khas kepada semua penghuni Raudhatus Sakinah





--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Trek 10
Innovation
Crescendo


Islam yang asli adalah dibina atas lima rukun. Kita patut menjaga keaslian lima rukun islam ini daripada pengaruh asing yang di kenali sebagai bid’ah (benda-benda yang baru dalam ibadah khusus). Perkara asing itu bukan sekadar merujuk kepada budaya barat atau anti-Islam, tetapi ia juga merujuk kepada budaya yang “menyerupai” Islam sehingga orang Islam sendiri yang kurang ilmu asasnya akan menganggap perkara bid’ah hanya sekadar perkara yang remeh-temeh atau furu’. Kekeliruan dalam furu’ mungkin mencerminkan kekeliruan dalam pemahaman usul.



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 

Menu Utama: » Laman Utama » Buku » Mini Album » Aktiviti » Hubungi Kami
Buku: » Sinopsis » Penyusun » Kandungan » Kredit
Album Mini: » Introduksi » Senarai Trek » Penghargaan » Sinopsis » Kredit » Lirik

 

Developed by JIMedia. Best Experience: Mozilla Firefox 1024 x 768.
Please do not use Internet Explorer (any version) because it does not render images & style sheets properly.