|
|
|
 |
ROHA HASSAN dilahirkan pada tahun 1970 dan mendapat pendidikan di UiTM Arau, Perlis.
Beliau kini bertugas sebagai Eksekutif Pentadbiran dan Kualiti di GeoInfo Services Sdn. Bhd.
Beliau merupakan seorang aktivis Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Kelab Remaja JIM Pulau Pinang (1999-2005), Jawatankuasa Wanita JIM Pusat, Jawatankuasa Remaja Wanita JIM Pusat (2003-sekarang), Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Remaja JIM Pusat (2005-sekarang) dan Setiausaha Kehormat Wanita JIM Pusat (2005-sekarang).
Berpengalaman sebagai aktivis remaja lebih daripada 10 tahun dan banyak terlibat dalam menyediakan pelbagai modul dan kertas kerja seperti Karnival Jom L.E.P.A.K, Modul Prihatin Remaja, Modul Remaja Alaf Baru (RAB), Leadership Camp dan lain-lain. Beliau juga kerap memberikan motivasi kepada remaja dan pelajar sekolah.
'Aku Ori Bukan Fotokopi' adalah sebuah buku yang dihasilkan bersama sebuah CD juga bertajuk 'Aku Ori Bukan Fotokopi'. Ia merupakan sebuah buku dan CD daripada beliau untuk remaja, ibu bapa, guru-guru, dan ahli masyarakat khususnya penggerak remaja agar kita lebih 'klik dengan remaja'. |
| |
|
|